Wednesday, 13 August 2014

TAK BOLEH NAK HADAM

Aku rasa serba tak kena.

Tak tahu apa benda yang tak kena.

Kadang aku rasa nak buat tu, then bila cuba buat, mood aku tetiba hilang.

Mood aku turun naik. Susah nak describe.

Bukan masalah putus cinta macam hari tu dah.

Aku dah boleh mula terima keadaan ni memang macam ni takdirnya.

Dah tak ada dah nak sembab mata, tak boleh nak buat kerja, tak ada mood nak keluar bilik dan etc.

Cuma aku still rasa kekurangan dalam hidup.

Macam ada sesuatu yang kurang. No. Am not talking about the other half.

Its about life. Achievement to be concise.

Aku berharap benda ni bakal diselesaikan. Dan bermohon juga moga-moga Allah bagi aku ruang dan jalan.

Aku dah penat nak kerja pergi pagi balik petang.

Aku nak kerja with my own sweet time.

Tapi ada ke kerja macam tu? Unless aku buat business sendiri, generate income sendiri la kan?

Ni bukanlah cerita tidak bersyukur.


Cuma kadang aku rasa sampai bila aku mampu bertahan dengan keadaan begitu?


Rasa macam *%^&#(@(#)@)@$** sangat.

Ni lah bila manusia yang tak boleh buat "routine work". 


Aku cepat bosan bila buat something yang sama.



Atau mungkin aku dah cukup berkeadaan begini?


Keadaan yang orang lain tentukan, bukan diri sendiri.

Haih!

Saturday, 9 August 2014

Tenang

Walaupun kadang-kadang tu ada rasa sunyi, sedih, rindu...  tapi seriusly aku rasa waktu ini adalah waktu yang paling tenang nak dibandingkan dulu.

Buķan nak idup dalam denial.

Tapi, dulu aku banyak fikirkan tentang orang dari fikir diri sendiri.

Well, betul lah setiap kejadian yang berlaku itu penuh berhikmah untuk kita hamba ni fikirkannya.

I just have to go through it. Bab cinta ni kadang payah nak handle bro. Soal hati dan perasaan kan.

Kehkeh.

Now masa untuk fikirkan macam mana nak majukan diri sendiri.

Mak ni dah penat lah makan gaji.

Mak jeles sangat tengok orang-orang kaya kat insta mak tu sikit-sikit holiday. Sikit-sikit overseas. Sikit-sikit sopim.

Tanpa sedikit pun fikir dan bersusah payah untuk pergi kerja from 8 to 5 setiap hari.

Mak nak design kehidupan mak sendiri. Allah kan berdasarkan sangkaan hamba-hambanya? Tak gitew?

So kalau macam tu kene usaha la carik ilmu padu dulu.

Hiks.

Kan i dah kata. I ok jew.

Friday, 8 August 2014

Membentuk jiwa sufi

Membentuk Jiwa Sufi

Kisah Uwais yang menarik hati..
Sesungguhnya..
Uwais tidak setia kepada sesiapa juga. ...
Uwais hanya setia kepada Tuhannya..
Uwais tidak berkata-kata kecuali dengan Tuhan-Nya

Tidak melihat sesuatu di dalam wujud kecuali Tuhannya..
Uwais sentiasa berpaling dari kelazatan dunia..

Kita pula..
Sentiasa mengejar segala kelazatan dunia tanpa memikirkan akibatnya..
Sentiasa juga membina keindahan dunia yang tidak berkesudahannya..

Uwais..
Kehidupannya menyendiri..
Bertahajjud di dalam mihrabnya..
Perasaannya sentiasa dibayangi rasa takut..
Dilihatnya Allah Ta'ala pada setiap yang wujud..
Hatinya sentiasa menangis dan bertasbih..

Uwais..
Sentiasa berhati-hati dalam setiap kesalahan kecil..
"UNTUK MEMBUKA BETISNYA SAJA DIA MALU"
Malu kerana disaksikan oleh Tuhannya yang telah menghidupkan dirinya.

Kita pula..
Tanpa ada rasa segan silu..membuka segala yang ada..
Perasaan kita sentiasa inginkan suka dan tidak mahu berduka kerana ujian yang menyapa..
Bila berduka...mahu saja Allah segera menyembuhkan kedukaan itu..
Kita bila mahu melihat Allah, ketika waktu solat saja..
Itupun sering tertangguh sebab ..rasa Allah tidak bersama kita..
Nauzubillahi minzalik,,

~ingatan untuk diri ~

Thursday, 7 August 2014

Bangun lewat

Hari ni terjaga lewat. Sebenarnya aku dah terjaga jam 3 pagi tapi tutup alarm sambung tidur semula.

Tersedar semula pukul 5.30. Tapi disebabkan rasa awal sangat lagi, alarm di set semula ke jam 5.50. Penyudahnya terus terlajak ke 6.30 pagi.

Haih. Masaelah jugak guna tepon baru ni. Alarm lintang pukang.

Ingatkan set untuk hari ni tapi sebenarnya set untuk hari esok. Masya Allah.

So aku decided untuk EL jelah harini. Boleh la nak ngemas-ngemas bilik.

Pagi ni aku terfikir something yang aku sebenarnya dah fikir lama dah.

Kenapa masih pertahankan perasaan sayang sedangkan kita dah rasa kat hati kita ni sebenarnya memang dah tak wujud rasa tu.

Atau sebenarnya kita ni hidup dalam ilusi? Atau kita sebenarnya cuba menafikan yang kita dah kehilangan orang yang pernah kita sayang dulu?

Lama termenung di jam 2.58 pagi. Sebenarnya terjaga dari tidur bukan disebabkan tak lena tidur pun.

Aku rasa emosi.. perasaan aku semuanya dah kembali normal dan berfungsi baik.

Cuma yelah ada waktu-waktu aku teringat so cant help it.

Dan aku tahu bila wujud fasa-fasa teringat tu, otak aku cakap "merayu" lah dengan dia pliss.. tapi hati aku cakap, "no. Its not going to work out in anyways and i dont wanna go to the past anymore.."

Keduanya tidak berjalan selari.

Apa masalah aku?

Atau aku memang ada masalah otak?

Hahaha.

ADOILAH! move on plis.

There's no room for you for any improvements.

Kejadian itu sampai disitu. Let it be.

Paham?

Wednesday, 6 August 2014

Kekuatan

Tak tahu datang dari mana kekuatan hari ini.

Yang pasti insya Allah perasaan aku tidak lagi serupa semalam.

Sedih . Menanges. Mata bengkak.

Dah cukup kut. Belajar lah untuk redha dengan segala yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

If it is meant for you, things will get back to you eventually.

Now masa untuk muhasabah diri. Mungkin juga waktu paling berkesan untuk mula mencapai cita-cita dan impian yang aku dah tanamkan selama ni.

Rasa semangat lain macam untuk bermula dari zero semula.

Aku tahu bukan senang untuk dapatkan momentum tu balik, tapi tiada apa yang mustahil pun kalau kita percaya dengan keupayaan kita sendiri.

Walaweyh. Cikhatipecah dah dapat semangat lain macam pulak pagi nih.

Moga-moga ia sesuatu yang berkekalan hendaknya.

Ameen

Tuesday, 5 August 2014

Sakit

Aku ada masalah. Setiap kali nampak tempat/benda/barang-barang yang ada perkaitan aku dengan si mantan, hati aku jadi sebal sendiri.

Sebak.
Pastu kompem mata berkaca-kaca sendiri.

Otomatik.

Bak kata kawan, mungkin selama ni ko rasa inilah hubungan yang paling ikhlas yang ko letakkan dalam hidup.

Sebab tulah ko jadi macam ni.

Ye. Memang betul pun apa yang dia cakapkan tu. Aku tak pernah macam ni pun sebelum ni.

Tak pernah setiap saat setiap waktu aku berdoa moga-moga hubungan ini dipermudahkan. Dan tak pernah aku letak lelaki itu dekat sangat dalam hati.

Allah.

Sungguh aku lemah waktu ni. Namun Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku harung semua ni dengan kesabaran dan ketenangan.

Andainya ini kifarahnya atas kelalaian aku, bantulah agar ia suatu ujian yang aku mampu untuk bertahan.

Ameen.

Hati bolak-balik

Hajat hati nak tidur tengahari ni.

Tapi entah napa aku jadi malas nak tidur dan tangan gatal nak menaip juga.

Ubat penenang aku selain dari kalam Allah, adalah dengan menulis dan merapu.

Dan atas sebab kemerapuan itulah membuatkan orang itu jauh dari aku.

Aku kerap menyalahkan diri sendiri atas semua yang berlaku. Mungkin kalau aku bersabar dan bertahan sedikit je lagi, keadaan kembali seperti normal.

Tapi sampai bila aku nak tipu diri aku sendiri?

Walaupun sunyi, tiada teman, kenangan semalam dah tertinggal dalam laut, tapi serius ini lah sebenarnya ketenangan setelah hampir setahun aku hidup berendam air mata.

Kalau orang dengar, orang gelak. Orang cakap aku gila. Bercinta je pun takkan sampai macam tu sekali?

Ye lah macam gitu lah bila ko letak boifren ko dalam hati yang sangat kuat melebihi ko meletakkan Allah dalam hati ko yang terdalam.

Kau terlupa sebenarnya yang hati manusia bisa Allah bolak balikkan.

Dan seperti biasa, bila keadaan begini muncul, barulah tersedar yang selama ini aku hanya melakukan sesuatu yang sia-sia.

Dan mulalah bibit-bibit untuk bertaubat dan kembali kepada DIA.

Sumpah aku malu dengan diri sendiri.

Tatkala hidup dilanda kemurungan, tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang mahu ambil tahu, tiada lagi melow-melow, baru tersedar yang kasih Allah, kasih Mak Bapak juga yang tiada taranya.

Selama ni lalai. Lalai yang teramat.

Alhamdulillah, DIA tu Maha Penyayang. Tarik aku. Letak aku pada jalan yang benar. Sedarkan semula yang ini hanyalah wayang ciptaan manusia.

Berat sungguh rasanya dugaan kali ini.

Kawan pesan, "Stop blaming yourself.. In a relationships, both parties need to work out. Bukan ko sorang yang berusaha banyak, sedangkan dia tidak bertindak apa-apa. Move on babe. You deserve someone better.."

Yeah. Aku move on. Tapi dalam fasa-fasa move on tu ada juga waktu aku tergelincir. Masih terkenang kisah lama. Apa lagi mampu aku buat selain dari teringatkan?

Haih.

Lepas ni tayah bercinta dah. Siapa yang datang kahwin terus!

Why so serious?

Saje nak test dari android. Sekarang tengah sakai guna android.

Biasalah. Pengguna blekberi totok macam aku memang sakai sikit memula ni.

Semua super duper sexcited. Kahkah.

Macam-macam benda aku nak try dari playstore.

Dari bukan seorang kaki game.. tetiba berubah jadi gamers.

Well aku rasa hidup ni kadang tak boleh terlalu serius. Ada waktu kita kena chill2 jugak.

Banyak tahun dah aku jadi manusia "robot". Hidup serius. Terlalu berprinsip.

To certain extent it ia good. But somehow manusia ni dijadikan dengan kewujudan banyak emosi.

Ada senyum ada gelak ada ketawa berdekah-dekah.

Ada waktu menangis. Ada waktu kita murung.

Ada waktu juga kita ceria.

Why so serious?

Chil suda. Nanti muka kedut mula lah risau usia semakin meningkat. Ye tak?



Raya paling dasyat dalam kehidupan

Aku boleh classify raya tahun ni 2014 adalah raya paling disaster bagi aku.

Langsung tak larat nak keluar bilik. Langsung tak pakai baju raya. Langsung tak keluar berjumpa orang.

Most of the time aku menangis.

Penat juga, tapi as long as perasaan aku relieved, itu je lah yang mampu aku buat.

Abah tegur aku semalam ketika breakfast.

Abah tanya, "Mak cakap kat abah u looked so upset. Why? Ada masalah apa?"

I just couldnt help myself to answer instead of senyum pandang muka lelaki yang telah banyak berjasa dalam hidup aku.

Untuk tidak menyusahkan hati mereka, aku jawap masalah kerja. Padahal masalah hati dan perasaan.

Itulah. Orang nak bercinta, ko nak bercinta.

Bila dah terpukang macam ni baru ko rasa dunia tu dah bukan lagi macam dunia ko dulu.

Siapa suruh bercinta?

Manusia merancang, Tuhan juga sebaik-baik penentu.

Kalau dah DIA kata sampai situ, sampai situ lah bila-bila pun. Tak payah nak pertahankan dah.

Jadi untuk orang macam aku, aku perlukan masa. Masa untuk muhasabah diri, masa untuk kembalikan semangat aku macam setahun yang dulu.

Well, it is not easy. Sebab i tot this relationship gonna be my final one before settled down, but after sometimes, it is not.

What to do. Sebagai orang beriman, kenalah terima qada' dan qadarnya benda ni berlaku.

Takkan nak maki-maki macam dulu kan?

Bila dah masuk fasa "masak" dan "matang" ni, tindakan yang diambil juga haruslah selari dan sekata dengan usia.

So let it be.

Biarlah aku macam ni.

=)

Buat-buat bizibodi

Dah lama tak menulis merepek.

All this while banyak tulis yang formal sebab konon-kononnya nak jadi penulis dan bisnes woman yang berjaya.

Lama-lama rasa tertekan dengan keadaan.

Aku forced diri aku sangat di luar limit.

And yes, tambah benda-benda lain yang berkait hati dan perasaan muncul kembali, so life a bit disaster.

Dah jadi penat untuk bertindak di luar batasan kepala otak sendiri.

Semenjak tidak lagi berkecimpung dengan Facebook dan semua yang lain-lain, hidup aku rasa tenang.

Tenang in the sense of tak perlu lagi nak hadap kehidupan kepura-puraan di Fb yang gayanya ala-ala "gembira" sangat.

Tahlah tak tahu berapa lama bertahan tanpa Fb. Tapi rasanya ini adalah waktu paling lama aku tak bukak FB ever since dah deactivated ketika minggu raya haritu.

Wechat, telegram, viber, dan kejadah hapa tah lagi, you just name it all semua dah tak ada lagi.

Yang tinggal pun whatsapp. Sebab aku tak larat nak send sms. Bayo mahal per sms.

kahkah.

Sekarang ni betul-betul nak step backward. Balik kepada kehidupan dulu. Menulis tanpa orang tahu siapa aku.

Ni saja buat-buat menulis. Saja menaip konon-konon bizi sangat di ofis.

puih!