Friday, 8 August 2014

Membentuk jiwa sufi

Membentuk Jiwa Sufi

Kisah Uwais yang menarik hati..
Sesungguhnya..
Uwais tidak setia kepada sesiapa juga. ...
Uwais hanya setia kepada Tuhannya..
Uwais tidak berkata-kata kecuali dengan Tuhan-Nya

Tidak melihat sesuatu di dalam wujud kecuali Tuhannya..
Uwais sentiasa berpaling dari kelazatan dunia..

Kita pula..
Sentiasa mengejar segala kelazatan dunia tanpa memikirkan akibatnya..
Sentiasa juga membina keindahan dunia yang tidak berkesudahannya..

Uwais..
Kehidupannya menyendiri..
Bertahajjud di dalam mihrabnya..
Perasaannya sentiasa dibayangi rasa takut..
Dilihatnya Allah Ta'ala pada setiap yang wujud..
Hatinya sentiasa menangis dan bertasbih..

Uwais..
Sentiasa berhati-hati dalam setiap kesalahan kecil..
"UNTUK MEMBUKA BETISNYA SAJA DIA MALU"
Malu kerana disaksikan oleh Tuhannya yang telah menghidupkan dirinya.

Kita pula..
Tanpa ada rasa segan silu..membuka segala yang ada..
Perasaan kita sentiasa inginkan suka dan tidak mahu berduka kerana ujian yang menyapa..
Bila berduka...mahu saja Allah segera menyembuhkan kedukaan itu..
Kita bila mahu melihat Allah, ketika waktu solat saja..
Itupun sering tertangguh sebab ..rasa Allah tidak bersama kita..
Nauzubillahi minzalik,,

~ingatan untuk diri ~

No comments: