Tuesday, 5 August 2014

Hati bolak-balik

Hajat hati nak tidur tengahari ni.

Tapi entah napa aku jadi malas nak tidur dan tangan gatal nak menaip juga.

Ubat penenang aku selain dari kalam Allah, adalah dengan menulis dan merapu.

Dan atas sebab kemerapuan itulah membuatkan orang itu jauh dari aku.

Aku kerap menyalahkan diri sendiri atas semua yang berlaku. Mungkin kalau aku bersabar dan bertahan sedikit je lagi, keadaan kembali seperti normal.

Tapi sampai bila aku nak tipu diri aku sendiri?

Walaupun sunyi, tiada teman, kenangan semalam dah tertinggal dalam laut, tapi serius ini lah sebenarnya ketenangan setelah hampir setahun aku hidup berendam air mata.

Kalau orang dengar, orang gelak. Orang cakap aku gila. Bercinta je pun takkan sampai macam tu sekali?

Ye lah macam gitu lah bila ko letak boifren ko dalam hati yang sangat kuat melebihi ko meletakkan Allah dalam hati ko yang terdalam.

Kau terlupa sebenarnya yang hati manusia bisa Allah bolak balikkan.

Dan seperti biasa, bila keadaan begini muncul, barulah tersedar yang selama ini aku hanya melakukan sesuatu yang sia-sia.

Dan mulalah bibit-bibit untuk bertaubat dan kembali kepada DIA.

Sumpah aku malu dengan diri sendiri.

Tatkala hidup dilanda kemurungan, tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang mahu ambil tahu, tiada lagi melow-melow, baru tersedar yang kasih Allah, kasih Mak Bapak juga yang tiada taranya.

Selama ni lalai. Lalai yang teramat.

Alhamdulillah, DIA tu Maha Penyayang. Tarik aku. Letak aku pada jalan yang benar. Sedarkan semula yang ini hanyalah wayang ciptaan manusia.

Berat sungguh rasanya dugaan kali ini.

Kawan pesan, "Stop blaming yourself.. In a relationships, both parties need to work out. Bukan ko sorang yang berusaha banyak, sedangkan dia tidak bertindak apa-apa. Move on babe. You deserve someone better.."

Yeah. Aku move on. Tapi dalam fasa-fasa move on tu ada juga waktu aku tergelincir. Masih terkenang kisah lama. Apa lagi mampu aku buat selain dari teringatkan?

Haih.

Lepas ni tayah bercinta dah. Siapa yang datang kahwin terus!

No comments: