Kawan aku pesan, "Buat diri jadi mahal. Tak payah nak acknowledge dah kenangan silam ko tuh. Anggap je dah PUPUS.."
Nampak macam senang nak PUPUS, tapi aku pun rasa nak PUPUS sekali. Nauzubillah.
Kadang ada masa-masa memang tak boleh nak elak untuk ingat juga.
Sekadar ingat kemudian aku jadi sedih sendiri.
Tu lah siapa suruh gatal pergi ingat-ingat puler?
Aku kena cari benda untuk buat aku bizi.
Kehidupan di ofis ni dull. Bosan.
Maka bila aku bosan, kehidupan aku bosan, rentetan-rentetan cerita lama pun keluar balik.
Aku rasa kalau aku bizi, hidup penat, aku MUNGKIN tak rasa macam loser lagi.
Aku takut dah nak twit. Kang ada orang marah. Dia kata aku lemah.
Memang aku admit aku lemah.
Tak tahu apa kejadahnya jadi macam ni. Padahal dulu aku lah manusia yang sentiasa hidup dengan ada pendirian.
Ni pendirian pun ke laut.
Satu hapa pun buat tak menjadi.
Aiyok aiyok.
Masalah dah ko ni perempuanhatipecah. Sampai bila hati kau mahu pecah gini woi?
No comments:
Post a Comment